Lawatan Tapak (Site Visit)

Kami menyediakan khidmat lawatan tapak dan ukur secara percuma. Harga kabinet berpandukan saiz ukuran dan jenis bahan. Oleh itu, sebut harga diberi selepas kerja-kerja pengukuran dibuat (Percuma).

Perancangan Reka Bentuk Kabinet

Reka bentuk kabinet dihasilkan berpandukan fungsi dan penggunaan pemilik. Perancangan reka bentuk kabinet merangkumi dari segi aspek warna, bahan yang dipilih, saiz dan tema.

Lukisan Perincian Binaan Kabinet (2D Drawing)

Bila bahan, warna, jenis bahan dan ukuran dah dipilih, langkah seterusnya Lukisan Perincian 2D untuk tentukan kedudukan kabinet ikut ukuran dan kedudukan di tapak. Langkah ni penting kerana stiap inci ukuran akan disukat supaya kedudukan kabinet tepat pada kedudukan.

Lukisan Perspektif (3D Drawing)

Lakaran lukisan 3D digunakan untuk mendapatkan gambaran kabinet apabila siap dipasang. Dengan cara ini, anda lebih mudah untuk memilih dan menentukan warna & reka bentuk terlebih dahulu bersesuaian dengan tema anda.

Penghasilan Kabinet

Setelah rekaan dan bahan dipilih, langkah seterusnya kami akan proses fabrikasi kabinet di kilang. Kilang kami dilengkapi mesin terkini untuk menjamin mutu dan hasil kerja yang berkualiti tinggi.

Penghantaran Dan Pemasangan Di Rumah

Langkah terakhir adalah proses penghantaran dan pemasangan di rumah. Tenaga kerja mahir kami yang berpengalaman lebih 10 tahun dalam bidang pemasangan akan memastikan kabinet yang di pasang kukuh dan tahan lama serta memastikan kemasan kabinet ketika proses pemasangan kabinet di tapak.

Perincian kepakaran kami

Sed ut perspiciatis unde omnis iste natus error sit voluptatem accusantium doloremque laudantium, totam rem aperiam, eaque ipsa quae ab illo inventore veritatis et quasi architecto beatae vitae dicta.